Pengalaman Dibidang Komputer: 



 

1994    -    Aplikasi words star 6.0 merupakan perisian yang mula saya pelajari.

1995    -    Detik mula sekolah mengadakan Kelab Komputer yang mana dengan kerjasama sekolah dan PIBG. Peringkat awal hanya 5 buah komputer sahaja. Saya sebagai Setiausaha PIBG adalah merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menyelaras perjalanan Kelab Komputer tersebut. Pada awal tahun ini telah tambah 5 buah komputer lagi menjadi 10 buah.
                Pada tahun ini juga merupakan tahun keramat kerana sekolah kami telah dijadikan sekolah angkat dari PERSATUAN SAINS KOMPUTER, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. Program Celik Komputer Sekolah telah dijalankan di sekolah pada 12 Nov. hingga 18 Nov. 1995. Penglibatan kursus ini adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat di Felda Semencu dan Felda yang berdekatan.

1996    -    Perjalanan Kelab Komputer berjalan lancar. Saya dapat mengikuti Program Celik Komputer Fasa ke 2 anjuran PESAKA, UTM kali kedua pada 30 Mac hingga 31 Mac 1996.
Pada tahun ini juga saya dapat tawaran mengikuti kursus Komputer untuk Jurulatih Utama pada 10 Dis. 1996 hingga 21 Dis. 1996 di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

1997    -    Pada tahun ini juga iaitu 26 Mei hingga 6 Jun 1997 saya berpeluang sekali lagi mengikuti kursus Komputer Jurulatih Utama di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

1998    -    Peningkatan ilmu saya dapat diteruskan dengan saya mengikuti satu lagi kursus komputer iaitu Kursus Penyelenggaran dan Baikpulih Komputer anjuran INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN (ITTHO).

1999    -    Ini sekarang sedang berkursus di Maktab Perguruan Batu Pahat.

[Biodata] [Hobi] [Kerjaya] [Pengalaman Dibidang Komputer] [Sekolahku] [Harapanku]
[ Nota-nota ] [ Hotlink ]