PERIHAL KOMPUTER :



 

ISI KANDUNGAN :
 

 



 

A.        SEJARAH KOMPUTER :
 
    Komputer adalah peralatan yang berguna untuk menyelesaikan masalah manusia dengan pantas, tetapi ianya bukanlah jawapan kepada segala penyelesaian masalah. Biasanya digunakan dalam sektor kerajaan dan swasta.


B.        BIDANG -BIDANG YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN KOMPUTER:
I. Sistem maklumat dan pemprosesan data
II. Sains, perubatan dan penyelidikan
III. Kawalan proses
IV. Pendidikan
 

I. Sistem Maklumat Dan Pemprosesan Data.
        Digunakan untuk memproses data dan menghasilkan maklumat-maklumat penting didalam pengurusan dan perniagaan. Biasanya digunakan di bank-bank, institusi kewangan dan banyak lagi.
 
II.   Sains Perubatan Dan Penyelidikan.
        Komputer digunakan sebagai alat didalam ujikaji, reka bentuk,  penyelidikan dan di makmal-makmal. Antara bidang-bidang penggunaanya adalah dalam membuat kajian ramalan cuaca, kajian tanda-tanda penyakit, mengenal pasti jantina di dalam kandungan dan mengenal pasti wajah melalui tengkorak.

III.   Kawalan Proses.
        Di dalam perindustrian dan perkilangan, komputer digunakan untuk mengawal dan menilai data didalam gedung suap balik yang berterusan di kilang-kilang.

IV.   Pendidikan
        Di dalam bidang pendidikan, komputer digunakan sebagai alat bantu mengajar dan alat berkomunikasi antara pelajar-pelajar. Dengan adanya teknologi multimedia, pelajar-pelajar dan guru-guru akan dapat mempertingkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran. Di dalam bidang ini, komputer dianggap “tutor” yang akan mengajar melalui kaedah “Pengajaran & Pembelajaran Berbantukan Komputer”.
        Contoh-contoh matapelajaran yang boleh diajar dengan menggunakan komputer sekarang ini adalah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik,  Pendidikan Islam dan mengaji Al-Quran serta Mukadam.



 

C.    JENIS-JENIS KOMPUTER
 

PENGENALAN
        Di dalam sebuah komputer peribadi komponennya biasanya adalah sama, samaada bercirikan “Multimedia” ataupun hanya “Basic System” sahaja. Untuk komputer yang membuat sistem “Networking” ( rangkaian ) ianya adalah berbeza dengan komputer peribadi dari segi komponennya. Jenis-jenis komputer adalah terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu:
 
(a) Komputer Peribadi
(b) Komputer Rangkaian ( Networking )
 



(a)    Komputer Peribadi.

        Komputer peribadi biasanya digunakan oleh individu samada di rumah ataupun di pejabat. Terdapat 2 ciri biasa yang digunakan iaitu bercirikan hanya “Basic System” dan “Multimedia System”. Bagi komputer yang hanya mempunyai sistem asas sahaja, ianya hanyalah boleh digunakan untuk membuat kerja-kerja pemprosesan ayat dan kerja-kerja asas. Manakala komputer yang dilengkapi dengan “ Multimedia System ” dimana ianya dilengkapi dengan “ CD-ROM DRIVE, SOUND CARD,  MODEM  (  Modulator Demodulator ) dan SPEAKER, ianya boleh membuat lebih daripada komputer yang hanya mempunyai sistem asas sahaja. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh komputer multimedia ini adalah seperti memainkan CD-Rom lagu-lagu, movie, menggunakan internet dan banyak lagi.
 
 
(b) Komputer Rangkaian ( Networking )
 
        Komputer rangkaian biasanya mempunyai ibu dan anak. Si ibu biasanya dikenali dengan nama “ SERVER ” dimana ianya akan memberi maklumat-maklumat kepada anaknya. Si anak pula biasanya dikenali dengan nama “ CLIENT ”, dimana ianya hanya boleh menerima maklumat yang diberi oleh si ibu atau “SERVER”. Biasanya “SERVER” ini mempunyai keupayaan yang tinggi dan bercirikan multimedia.
        Biasanya komputer rangkaian ini dilengkapi dengan “NETWORK CARD” yang fungsinya sebagai alat penghubung diantara satu komputer dengan komputer yang lain.
        Biasanya komputer rangkaian ini digunakan di bank-bank, institusi kewangan, kilang-kilang, hospital dan banyak lagi.
 
 



 
D.    PERKAKASAN DAN PERALATAN
 

( HARDWARE / PERKAKASAN)
KOMPONEN-KOMPONEN:

1)   MONITOR
2)   PROCESSOR (CPU).
3)   MOTHER BOARD @ MAIN BOARD
4)   HARD DISK  DRIVE (HDD)
5)   RAM ( RANDOM ACCESS MEMORY )
6)   FLOPPY DISK DRIVE ( FDD )
7)   VGA CARD ( VIDEO GRAPHIC ACCLERATION )
8)   SOUND CARD
9)   MPEG CARD
10)   CD-ROM DRIVE
11)   SPEAKER.
12)   MODEM ( MODULATOR DEMODULATOR )
13)   KEYBOARD
14)   MOUSE
15)   PRINTER.
16)   CASING.
 
 
 



 
1)   MONITOR

         Monitor ini berfungsi sebagai alat untuk mengeluarkan paparan setelah ianya disambungkan ke CPU ( Central Processing Unit ) dimana ianya melibatkan VGA card.
        Monitor ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu Monochrome ( Hitam Putih ) dan Berwarna ( Color ) Ianya terdapat dalam bentuk Digital atau Analog. Perbezaan diantara monitor Digital dan Analog adalah untuk monitor Digital untuk mengubah saiz, kecerahan dan quality gambar adalah menggunakan kaedah butang yang hanya perlu ditekan dan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang centre ( seimbang ) manakala bagi monitor Analog pula adalah menggunakan kaedah putaran pada butang yang mana ianya belum pasti akan menghasilkan satu pandangan yang seimbang.
        Antara jenis-jenis monitor yang berada di pasaran ketika ini adalah seperti ACER, COMPAQ, CASPER, DIGITEK dan banyak lagi.

2)    CPU - PROCESSOR.

        Processor @ komponen yang boleh dianggap otak adalah penting didalam sesebuah komputer dimana ianya berfungsi sebagai alat yang memproses segala data dan maklumat. Ia biasanya dilihat melalui unit Hz, MHz dan KHz. Sesebuah processor dengan processor yang lain adalah berbeza daya kelajuannya. Ada yang kelajuannya hanya 60 MHz dan yang tertinggi sekarang ini adalah 466 MHz.
         Antara Pengeluar processor yang terkemuka sekarang ini adalah seperti PENTIUM, AMD dan IBM yang mana pengeluar-pengeluar ini mengeluarkan processor dengan daya kelajuan yang berbeza-beza. Contohnya seperti PENTIUM, mereka berbangga dengan penghasilan Processor PENTIUM II 233MHz, III hingga ke 466 MHz with MMX Technology, sementara AMD pula dengan processor AMD K6 233 MHz hingga ke 333 MHz. Sementara itu pula IBM Corporation pula setakat ini  berbangga dengan Processor CYRIX 233MX, MII 300MX. Dari hari ke hari mereka bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan processor yang terbaik.

3)    MOTHERBOARD @ MAINBOARD.

        Ianya adalah tapak utama untuk sesebuah komputer. Tanpanya komputer tidak akan berfungsi. Di papan utama inilah dipasangkan dengan antara komponen-komponen diatas. Motherboard ini terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya motherboard komputer jenis 3x86, 4x86, 5x86, Apple Machintosh, PENTIUM dan PENTIUM II,
PENTIUM III.

4)    HARD DISK DRIVE ( Pemacu Cakera Keras )

        Hard disk ini berfungsi sebagai tempat penyimpan atau stor segala data. Segala data yang diterima atau dibuat akan disimpan ke dalam  hard disk ini.
        Terdapat pelbagai jenis hard disk dengan pelbagai saiz. Saiznya ditentukan dalam unit Bytes seperti MEGA BYTES dan GIGA BYTES, seperti 290 Mega bytes dan 2.1 Giga Bytes, 3.2GB, 4.3GB. Antara syarikat pengeluar Hard disk yang terkemuka adalah seperti SEAGATE, QUANTUM, FUJITSU dan CORNER.
 

5)    RAM ( Random Access Memory )

        RAM ini berfungsi sebagai pemangkin kepada kelajuan sesebuah komputer. Semakin tinggi RAM yang digunakan sesebuah komputer itu akan menjadi lebih laju. RAM juga mempunyai pelbagai saiz antaranya RAM yang mempunyai 30 pin, 72 pin 168 pin dimana ia juga mempunyai kelajuan antara 60 NS, 70 NS, 100 Mhz.
        RAM juga mempunyai pelbagai jenis, antaranya EDO RAM, SIMM RAM, DIMM RAM dan SDimm Ram. RAM juga mempunyai beberapa daya keupayaan seperti 4 MB RAM, 8 MB RAM, 16 MB RAM, 32 MB RAM 64 MB RAM dan yang tertinggi adalah 128 MB RAM.
 

6)    FLOPPY DISK DRIVE ( Pemacu Cakera Liut )
 
        Ianya juga berfungsi sebagai tempat penyimpan data yang menggunakan cakera liut atau lebih dikenali dengan nama Diskete. Biasanya saiz diskette adalah diantara
1.2 MB, 1.44 MB dan 2.88 MB.
 
7) VGA CARD ( Video Graphic Accleration )
 
        VGA card ini berfungsi untuk mengeluarkan gambar pada monitor atau screen monitor.
Ianya mempunyai 2 jenis iaitu  Monitor Monochrome ( Hitam Putih) dan VGA monitor berwarna
( Color ). Semakin tinggi kuasa @ daya sesebuah VGA card itu, pandangan, gambar pada sesebuah gambar itu akan lebih terang, dan tajam. Antara kuasa atau daya yang terdapat pada sesebuah VGA carrd adalah seperti 1 MB, 2MB, 3 MB, 6 MB dan 8 MB RAM, yang mana ianya melibatkan penggunaan RAM ( Random Access Memory ).
        Antara jenama VGA card yang terkenal adalah seperti TRIDENT, S3, SIS dan banyak lagi.
 
8)    SOUND CARD ( Kad Suara )

        Sound card ini berfungsi sebagai alat untuk mengeluarkan bunyi pada sesebuah komputer. Biasanya terdapat pada komputer-komputer yang bercirikan Multimedia.
        Antara jenis-jenis sound card adalah seperti Creative, Ess, Sony, OPTI, dan banyak lagi.
 
 
9)    MPEG CARD

        MPEG card ini berfungsi sebagai alat untuk menayangkan tayangan (Movie) tanpa menggunakan software. Biasanya untuk movie yang menggunakan MPEG card ini, sesuatu movie itu akan mendapat gambar yang terang, tajam dan perjalanan movie itu tidak akan tersangkut-sangkut.
        Tanpa MPEG card ini perjalanan sesuatu movie itu akan terganggu. Antara MPEG card yang terkenal adalah seperti MP2000, A OPEN, EAGLE , ACER Magic dan banyak lagi.

10) CD ROM DRIVE
 
        CD-ROM drive berfungsi sebagai pemacu kepada CD-ROM, samada CD-ROM lagu, movie, software dan bermacam-macam lagi CD-ROM. CD-ROM ini mempunyai kelajuan yang tertentu seperti single speed, double speed, quater speed and highers
( 2 x, 4 x, 8 x, 12 x, 16 x, 18 x, 20 x, 24 x, 32 x, 34, x, 36 x dan yang tertinggi pada masa ini adalah 100 x). Antara pengeluar-pengeluar CD-ROM Drive yang terkemuka sekarang ini adalah seperti ACER, SONY, CREATIVE, MITSUMI, NEC dan banyak lagi.
 
 11)    SPEAKER

        Speaker atau alat pembesar suara amat penting bagi sesebuah komputer Multimedia. Ia adalah sebagai alat output suara samada muzik, bunyi, suara, dan sebagainya.
        Speaker juga mempunyai jenis-jenis mengikut keluaran daripada sesuatu syarikat seperti Passo, Hercules dan sebagainya. Sesebuah speaker mempunyai watt seperti 60 Watt, 120 Watt, 300 Watt, 360 Watt dan sekarang telah dilengkapi dengan Subwoofer G 1000 650 Watt.
 

12) MODEM ( MOdulator DEMoludator )

        Modem card ini berfungsi sebagai alat untuk kita menghubungi atau menggunakan Internet. Selain melibatkan penggunaan MODEM ini, untuk mengubungi atau menggunakan Internet satu lagi alatan yang penting adalah talian Telefon, dimana setelah adanya talian telefon barulah kita dapat menghubungi internet. Modem terbahagi kepada dua jenis iaitu Modem Internel (Dalaman) dan Modem Externel ( Luaran ).
        MODEM ini terbahagi kepada 4 tahap kelajuan iaitu 14.4 Kbps, 28.8 Kbps, 33.6 Kbps dan yang tertinggi adalah 56 Kbps ( Kilo Bytes Persecond ).
 

13)    KEYBOARD ( Papan Kekunci )

        Ia adalah sesuatu yang penting pada bahagian komputer. Ianya berfungsi sebagai alat untuk kita menaip. Keyboard mempunyai 104 kekunci dan sekarang telah ada 108 kekunci yang sesuai bagi pengguna yang menggunakan perisian Windows 95 dan 98.
        Keyboard ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Standard Keyboard dan PS2 Keyboard. Beza antara kedua-duanya adalah standard keyboard mempunyai kepala yang besar dan PS2 keyboard mempunyai kepala yang bersaiz kecil. Biasanya PS2 keyboard ini digunakan oleh komputer yang berjenama seperti ACER, COMPAQ, DIGITEK, IPC, IBM dan ada beberapa jenis komputer lain.
 

14) MOUSE ( Tetikus )
 
        Dalam Operating System Windows 95, tetikus ini amat perlu. Dimana ianya digunakan untuk menggunakan arahan-arahan atau program-program yang terdapat didalam komputer, untuk menggantikan penggunaan papan kekunci tetapi tidak sepenuhnya.
        Mouse juga terdapat dalam 2 jenis iaitu Standard Serial Mouse dan PS2 Mouse. Beza antara keduanya adalah sama dengan perbezaan keyboard.
 
15.    PRINTER – PENCETAK

        Printer adalah sebuah alat perkakasan output yang dapat menghasilkan apa yang dilakukan oleh pengguna pada komputer. Proses akhir seseorang pengguna komputer adalah dengan dapat menghasilkan cetakan dengan baik.
        Printer ini mempunyai jenama yang tersendiri mengikut syarikat yang membuatnya seperti Cannon, Hewlet Package, Epson, Nec, Lexmark dan sebagainya.Paten sesebuah printer terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Dot Matrik, Bubble Jet, Ink Jet, Laser Jet dan sebagainya.

16.    CASING

        Casing adalah alat untuk melindungi segala perkakasan didalam CPU, Motherboard, Ram, Hard Disk, Floopy Drive dan sebagainya. Casing mempunyai dua bentuk iaitu Desktop,  Mini Tower, Medium Tower. Setiap casing telah dilengkapi dengan Power Supply yang menanggung 230 Watt.
 



E.    PERISIAN KOMPUTER

( SOFTWARE )

PENGENALAN
Dalam sesebuah komputer  yang paling penting adalah perisian. 2 perisian asas di dalam sesebuah komputer adalah :

(a) MS DOS 6.22 @ DOS 7 ( Disk Operating System )
(b) MS WINDOWS ( 3.11, 95, 95 Edition 97 dan 98 )
 

(a) MS DOS.
DOS ( Disk Operating System ) ini amat penting didalam operasi sesebuah komputer. Ianya berfungsi sebagai pemangkin kepada software-software lain atau ianya berfungsi sebagai tapak. Tanpa DOS sesebuah komputer tidak akan dapat berfungsi.
DOS ini terbahagi kepada 2 iaitu DOS 6.22 dan yang terbaru adalah DOS 7.
 
(b)    MICROSOFT  WINDOWS
Windows ini adalah sebuah perisian yang mudah untuk dikendalikan. Windows ini mula atau dicipta oleh pencipta perisian komputer yang terkenal iaitu BILL GATES yang memegang jawatan sebagai Pengerusi di dalam syarikatnya iaitu MICROSOFT CORPORATION.
Pada masa sekarang ini perisian Windows ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
(a) Windows 3.11
(b) Windows 95
(c) Windows 95 Edition 97
(d) Windows 98

    Windows 3.11 adalah berbeza dengan Windows 95, 95 Edition 97 dan Windows 98 dimana Windows 3.11 ini, untuk "setup" hardware adalah susah berbanding dengan Windows-windows lain. Ini kerana ianya tidak "Autodetect" terhadap hardware-hardware. Ianya memerlukan "Driver" untuk disetup, contohnya Mouse.

    Windows 95 dan yang terbaru iaitu Windows 98, ianya adalah lebih mudah berbanding dengan windows 3.11. Ini kerana ianya "Autodetect" terhadap hardware-hardware atau lebih dikenali dengan nama " Plug And Play " .

    Kesimpulannya, perbezaan diantara windows 3.11 dengan Windows 95 dan keatas adalah ketara.
 
 



F.    BIBLIOGRAFI
 
 

1. MYTHOS for Sofware Marketing Corporation, : COMPUTER WORKS, copyright 1993 All Rights Reserved.
 

2. GRADIENT SOFTWARE INC, WinCheck It, Version 4.0 Included, 1997 Gradient Software, Inc : MASTER TECH, Build A Pentium Compter – Interactive Video Tutorial, Utilities & Diagnostic Software > Technical Reference Library, http://www.gosoft.com.
 

3. BDG Publishing Inc. 26203 Production Ave #12A Hayward, CA 94545 :
PC BUILDER, Assemble Your Own PC, http://www.coomedia.com.
e-mail : master@coomedia.com.
 

[Biodata] [Hobi] [Kerjaya] [Pengalaman Dibidang Komputer] [Sekolahku] [Harapanku]
[ Nota-nota ] [ Hotlink ]